~ When you look at it, u'll smile .. when u have it in your mouth, u'll feel the love ~

Sunday 15 May 2011

Tempahan Chocolate Gift

Tempahan 50 boxes Chocolate Gift oleh Kak ton, sempena birthday anak beliau, Natasha yg ke-11.. Kak ton cakap, dia tak sempat nak hold party, so dia nak tempah chocs gift ni, supaya Natasha boleh bagi kat kawan2 dia kat skolah.. good idea kan =)
Birthday girl request praline strawberry .. So, ni aunty buat untuk Natasha ye =)))

p/s : feedback kak ton, kawan2 anak dia happy sangat dapat choc ni.. include cikgu Natasha.. hehehe


2 pcs praline chocs, variety choc-filling, in economy box, with ribbon




Thank you dear ~

Tempahan Daisy Lollichocs

Tempahan lollichocs bentuk daisy ni, memang diminati ramai.. simple tapi comel =))) tempahan ni, untuk dijual pada UUM open day (kalau tak silap! =P) .. terima lah~ hehe





Thank you dear ~

Saturday 14 May 2011

Tempahan cupcake untuk makan-makan

Tempahan cupcake ni dibuat oleh Kak ton, sempena birthday beliau.. Cupcake ni nak di makan dengan keluarga nya.. untuk menggembira kan anak2 saudara beliau, kak ton request setiap cupcake, ditulis dengan nama2 anak2 buah nya.. =))) sweet je mak long diorg ni.. ;)
mesti berebut2 anak2 saudara kak ton, nak cari nama masing2! hehehe

Choc moist cake, size L, topping buttercream+choc stick & oreo



Thank you dear ~

Friday 13 May 2011

Birthday Cupcakes utk boipren~

Tempahan oleh eyda, sempena birthday, untuk buah hati beliau.. eyda nak kan tema warna merah+hitam+putih.. and nak ada gitar and kucing! hehe sila kan lah menjamu mata dengan 'heart shape','gitar' and 'kucing' dr Lovelin.. hehehe tempahan ni sekali dengan delivery to Pendang.. surprise for him! =)))


p/s : boipren eida ni suka dpt kek ni.. sengih sampai ke telinga u~ hehehe
p/s 2 : eida bgtahu, boipren dia suka kek tu.. sedap! tapi sayang nak makan! hehehe thanx eyda dear~


Choc moist cake, size L, topping buttercream


Thank you dear ~

Wednesday 11 May 2011

Tempahan Loose Chocolate Couverture

Tempahan loose chocs ni dari azida, dari Alor Star.. kebetulan beliau datang Sg Petani, so tak de lah lin kena deliver sampai AS.. hehe


Azida pilih nak chocolate couverture sahaja.. Choc ni agak mahal.. and pembuatan nya agak cerewet.. tapi fankly speaking, rasa choc couverture is so tempting! percaya lah.. hehe sebab choc couverture ni, mengandungi cocoa butter yg memberi rasa lemak dan koko yg sejati.. cewahhh.. =)))


So, kalau anda penggemar tegar choc, rangkaian choc couverture ni, mmg harus dicuba ye.. corak and filling, atau tak nak filling, semua pun boleh .. =)))

50++ pcs Couverture loose chocs, various designs and fillings
*** untuk makan2 , terapi diri diri sendiri ( she told me! =) )



Thank you dear ~

Lollichocs untuk birthday my son, Didi =)

Bersempena dengan birthday anak bujang Lin baru2 lepas, lin sediakan pelbagai jenis lollichocs untuk Didi and kawan2 kat tadika dia.. =))) suka sangat kwn2 didi kat tadika tu.. bila nampak lolli bouquet mama ni ha.. tak saba2 dah nak amik .. hehehe .. warna warni gitu~ hehe
Kalau berminat, boleh la order ye..

Colourful Lolli bouquet + Strawberry filling-Girlish CandyChocs

Colourful yet yummy lollichocs - RM1.80/pcs

Girlish CandyChocs with strawberry filling - RM1.60/pcs

***** As usual, for bulk order, price will be reduced =)))


Thank you dear ~

Tempahan loose chocolate lagi..

Tempahan loose praline chocolate, with pelbagai filling oleh jiran mak Lovelin kat Sg Lalang.. Tempahan ni untuk makan-makan famili je, sempena birthday anak bongsu makcik ni.. Thanx cik ton! =)))



50++ pcs Loose Chocolate, variety of fillings - RM40/box



Thank you dear ~

Tuesday 10 May 2011

Tempahan Daisy Lollichocs

Tempahan dari Kak Najwa, sahabat Lovelin, dari Bdr Puteri Jaya.. Nak bawak pegi tadika anak2 nya yg cantik itu =))) Kak Wa nak lollichoc warna pink ~

40 pcs Daisy Lollichocs , tema warna pink



Thank you dear ~

Loose chocolates pelbagai filling

Order loose chocolate , pelbagai filling and colour, untuk makan2 famili.. 1 box order by Kak Azy (Bdr laguna Merbok) and 1 box order by Kak Ija (also from Bdr Laguna Merbok) .. before ni kak Ija order cupcake utk makan2, bertema kan taman bunga, pinky2 roses tu.. :)))


50++ pcs choc - filling strawberry + orange + almond + hazelnut

50++ pcs choc - filling strawberry + orange + almond + hazelnut


Thank you dear ~

Kelas Homemade Chocolate , Sungai Petani

Salam untuk semua..

Lovelin akan mengadakan kelas membuat homemade chocolate secara hands on untuk menggalakkan lebih ramai pengusaha homemade chocolate yang kian mendapat tempat di hati pengguna.

Masa : Setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, bermula 14 Mei 2011. Anda juga boleh memilih hari lain dan perlu booking tempat untuk kehadiran anda 3 hari sebelum tarikh yang dikehendaki.

Tempat : Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani (berhampiran Tol Sungai Petani Utara)
Yuran : RM180 sahaja. 4 orang pertama yang mendaftar, yuran hanya RM170 sahaja! (promosi tamat.. tempat untuk 4 org pertama dah fully booked, maaf ye )

Jumlah pelajar adalah terhad hanya untuk 4 ORANG pada satu masa.

Yang akan anda dipelajari :
- Pengenalan tentang peralatan yang perlu ada untuk membuat chocolate di rumah.
- Pengenalan tentang jenis-jenis chocolate.
- Teknik membuat inti / filing dengan pelbagai perisa.
- Teknik tempering atau mencairkan coklat couverture dan compound.
- Teknik mewarnakan coklat dan tips membuat coklat.
- Teknik men'design' chocolate spt marble, transfer sheet, dll.
- Mempelajari membuat chocolate oreo dan lollichoc
- Nota, resepi dan makan tengahari disediakan.
- Cara pembungkusan chocolate yang sesuai.
- Penerangan penjagaan coklat dan acuan chocolate dengan betul.
- Khidmat nasihat selepas kelas.

***Anda boleh membawa hasil tangan chocolate anda di akhir kelas nanti
***Cuma bawa APRON dan KAIN LAP untuk hadir ke kelas hands on ini. Yang lain2, Lovelin sediakan.


***Kelas juga boleh diadakan di tempat anda (luar dari Sungai Petani), sila maklum kan lebih awal kepada Lovelin dan kelas akan dibuka untuk 4-5 orang pelajar pada satu2 masa.

Hubungi kami untuk booking tempat anda dengan segera !!!

Adlin --- 013-4332334 (email : norul.adlin@yahoo.com)
Nurul --- 019-4715106 (email : hidayah.sahat@yahoo.com)

Jumpa anda di kelas nanti =)))

Monday 9 May 2011

Cupcake birthday Alia

Tempahan Wana, Mama Alia, sempena birthday Alia yang ke-3.. Mama Alia planned nak bagi goody bag yg ada cupcake and air kotak pada jiran2, kawan2 Alia.. So, ini lah yang Lovelin buat kan .. =)))

Variety cupcakes decorations
Choc Moist cake, size M, topping buttercream, individual packing


Thank you dear ~

Sunday 8 May 2011

Cupcake tema taman bunga


Choc moist cake, topping buttercream + choc ganache
*** Tempahan untuk makan2 =)))
*** Customer request deco bunga rose dlm taman


Saturday 7 May 2011

Appreciation Day Cupcakes

Choc moist cake, topping choc ganache + simple buttercream
Vanilla cake, topping buttercream + deco fondant
Choc moist cake, topping choc ganache + simple buttercream

Posing @ Lovelin cupcakes tiers =)))



Thank you dear ~

Followers